Pages

Sunday, 30 October 2016

netizen-blaming-culture 👉🏻👈🏻

aku dah lama tak menulis,
sebab aku .. memerhati,

aku dah belajar tak share sesuatu berkaitan dengan manusia terutama orang yang aku tak kenal,
bukan aku tak peduli .. aku belajar setiap manusia punya alasan dan cerita, asbab kenapa dia berbuat demikian.
tu semua antara dia -- dengan Tuhan.
baca .. dan doakan.

aku hidup dalam dunia 'netizen blaming culture',
negative vibes is all around.
share woii --
virall jomm --
kita kecam dia ---

like what the heck guys, u just strangers from out where and u become are judges 😅

bermula dari viralnya video nikah aku,
caption sikit punya molek aku share,
aku sendiri ambil ibrah atas dosa lalu,
tapi yang jadi viral bukan captionnya,
tapi sweetnya.
aku ok je, siryezz tak kisah.
dan semoga Allah kurniakan kerberkatan buat insan yang jadikan ia sebagai cara munasabah diri.
yang share, like, coment2 yang mendoakan subhanallah hebat korang mendoakan strangers here. besar ganjaran pahala kalian.aminn 😊
tapi yang jadi judges tu -- coment masha Allah.
' allaaa memalu skrg,malam kang .. '
' macam kau je sorang ade laki .. '
' sweet tu tak payah nak show off sgt laa ..  '
' macam la suci sgt, takkan la xpernah ..'
urmm aku seen dan berlapang dada je baca asalnya, tapi bila aku tengok mak ayah aku pun boleh baca .. sedih kot. 
aku bukan la nk korang komen murni2,malah saling mengingati tu adalah yang terbaik.
cumanya adab korang, pemikiran korang -- like 😅
anyway,ter-reply jgk la aku 1,2 coment. 
pastu aku nyesal. pehal la aku terjebak dalam culture ni. bertekak di alam maya. jumpa aku depan depan weyy,aku nak marah orang pun payah . 
suami aku senyumm je nasihat ' takpe, Allah tahu niat kita .. yang ambil ibrah,semoga kita beroleh pahala, yang tidak .. kita ampunkan je '
aku mampu .. sengih 😁

selang beberapa hari,
viral budak sekolah kena belasah dan buli,
netizen kecam teruk gila.
2hari lepas tu rupanya budak tu kena ejek anak yatim piatu pastu berduyun2 orang salahkan.
pastu kes siapa tu allaa nordin yg belasah perempuan sampai bogel kan,
yg korang viralkan tu aib perempuan. aib keluarga. nauzubillah.
then kisah makan harta anak yatim, adik amira + aqilah,Allahu kasihan mereka.
then terkeluar semua cerita aib keluarga mereka lepas tu cerita tu senyap.
semua kisah viral ni,tahan paling kuat pun seminggu dua ja.
latest video elderly aunty india yang buat keje slow, and u guys made fun of it !! 
u guys didny know she suffered from stroke and heart attack.
the video circulate around and the one yg upload takde rasa nk delete ke?
urmm, manusia lupa caci maki mereka tulis di alam maya.
tapi catatan dosa -- tak dihapuskan. nauzubillah.

bila org kaya share sesuatu, korang cakap menunjuk.
org miskin bertambah miskin, korang suruh usaha.
bila post keluarga bahagia, korang ckp bahagia jgn show off nanti bercerai padan muka.
bila post mengandung ada baby, cakap hina orang takde zuriat.
niqabis pakai tudung litup tutup aurat,cakap bukan semua perempuan bertudung tu baik.
yang buka aurat pulak,kata ahli neraka.
post ilmu agama, kata tunjuk alim.
kawan buat dosa, kita tak mampu nak tegur, kata nak masuk syurga sorang,
bila dah tegur kata tak sporting,macam la xpernah buat dosa.

pening lol.
serba salah di buatnya.
jadi baik salah, jadi jahat salah.
bukan heran sangat pun dengan kata kata manusia ni, tapi entah laaa .. buat/post sesuatu takut buka pintu fitnah.
yang coment cakap kau istidraj,riak, nanti Allah tarik nikmat. 
yang the other side plak cakap kau dengki iri hati? sakit hati dengan hidup kebahagiaan orang lain.
mashaAllah, dimana iman kita tuan tuan ?

viralkan perkara yang bermanfaat,
macam apek yang kena scam buat toy tu,
ramai org beli toy dekat dia.
nasi lemak anak dara, dah tolong dia bagi rezeki. ( ahahaha😝)
budak kecik boleh tahfiz Al-Quran rasa tercabar makcik pakcik yang gagap baca jawi.
mati time tengah baca doa maulud nabi, nampak cara meninggal khusnul khatimah.
kisah Tuan guru Dato Dr Harun din meninggal di luar negara dapat ilmu menunjukkan tanah bumi Allah itu luas, jangan seksa mayat nak bawa balik semata mata nak tanam dekat malaysia (since aku dduk overseas kalau perang takkan nak tunggu kering bawa balik malaysia .. nauzubillah. )
kejayaan paralimpik, ayah umur 69tahun ada ijazah kan dapat naikkan low self esteem kita.
kehebatan supermedic dkt HSA tolong pesakit sampai tinggalkan anak bini suami, sanggup redah api,its show we still have humanity bukan nak tidur saja2 je dekat kaunter ( eh termasuk plak jobscope aku ) ehh banyakkk lagi laa 😅

zaman sekarang ni yang salah takkan jadi benar bila diterima masyarakat,
buat baik nampak kolot, jadi hipster, rare diterima pakai menunjuk nunjuk kebodohan dihadapan media,
ulama agamawan dikecam, artis bangsawan dijulang martabat jadi ikutan,
kita jadi malu buat kebaikan, sedang kejahatan kita sajikan.

orang cakap tengok orang lagi miskin supaya kita bersyukur,
dan tengok orang dari atas kalau nak berjaya,
sebenar nya tak payah tengok kanan kiri atas bawah,
tengok diri sendiri apa usaha kita dengan Ilahi sampai nak kena tengok orang atas dgn orang bawah,
kita bersyukur bila kita yakin semua rezeki dari Allah, 
kau dah usaha teruk pun Allah bagi ujian kau akan merasa nikmatnya kasih sayang tu bila kau tak membanding bandingkan diri dengan orang lain.
nanti dalam kepala -- kenapa bukan aku ?

fikirkan lah -- 
berlapang dada lah -- 

tapi tak la semua buruk ,ramai jugak yang mendoakan,
masha Allah, berduyun duyun Allah angkat doa korang, malah malaikat turut mengaminkan malah mendoakan yang sama tuk korang.

jadi sebarkan kebaikan ok.
penulisan tu kadang menghakimi siapa peribadi kau sebenarnya.
jangan ter-upgrade dosa percuma, remind diri sendiri.
apa yang kita kejar, followers ? likers? dunia? atau syurga 😊

agama kita bukanlah agama yang elastik,
yang berubah ubah mengikut kehidupan dan peradaban manusia.
kita punya Al-Quran dan sunnah rasullullah yang membawa ketenteraman dan keamanan kepada manusia.
sepanjang zaman.




terima kasih, maaf dari saya yang tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment