Sunday, 30 October 2016

netizen-blaming-culture πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆπŸ»

aku dah lama tak menulis,
sebab aku .. memerhati,

aku dah belajar tak share sesuatu berkaitan dengan manusia terutama orang yang aku tak kenal,
bukan aku tak peduli .. aku belajar setiap manusia punya alasan dan cerita, asbab kenapa dia berbuat demikian.
tu semua antara dia -- dengan Tuhan.
baca .. dan doakan.

aku hidup dalam dunia 'netizen blaming culture',
negative vibes is all around.
share woii --
virall jomm --
kita kecam dia ---

like what the heck guys, u just strangers from out where and u become are judges πŸ˜…

bermula dari viralnya video nikah aku,
caption sikit punya molek aku share,
aku sendiri ambil ibrah atas dosa lalu,
tapi yang jadi viral bukan captionnya,
tapi sweetnya.
aku ok je, siryezz tak kisah.
dan semoga Allah kurniakan kerberkatan buat insan yang jadikan ia sebagai cara munasabah diri.
yang share, like, coment2 yang mendoakan subhanallah hebat korang mendoakan strangers here. besar ganjaran pahala kalian.aminn 😊
tapi yang jadi judges tu -- coment masha Allah.
' allaaa memalu skrg,malam kang .. '
' macam kau je sorang ade laki .. '
' sweet tu tak payah nak show off sgt laa ..  '
' macam la suci sgt, takkan la xpernah ..'
urmm aku seen dan berlapang dada je baca asalnya, tapi bila aku tengok mak ayah aku pun boleh baca .. sedih kot. 
aku bukan la nk korang komen murni2,malah saling mengingati tu adalah yang terbaik.
cumanya adab korang, pemikiran korang -- like πŸ˜…
anyway,ter-reply jgk la aku 1,2 coment. 
pastu aku nyesal. pehal la aku terjebak dalam culture ni. bertekak di alam maya. jumpa aku depan depan weyy,aku nak marah orang pun payah . 
suami aku senyumm je nasihat ' takpe, Allah tahu niat kita .. yang ambil ibrah,semoga kita beroleh pahala, yang tidak .. kita ampunkan je '
aku mampu .. sengih 😁

selang beberapa hari,
viral budak sekolah kena belasah dan buli,
netizen kecam teruk gila.
2hari lepas tu rupanya budak tu kena ejek anak yatim piatu pastu berduyun2 orang salahkan.
pastu kes siapa tu allaa nordin yg belasah perempuan sampai bogel kan,
yg korang viralkan tu aib perempuan. aib keluarga. nauzubillah.
then kisah makan harta anak yatim, adik amira + aqilah,Allahu kasihan mereka.
then terkeluar semua cerita aib keluarga mereka lepas tu cerita tu senyap.
semua kisah viral ni,tahan paling kuat pun seminggu dua ja.
latest video elderly aunty india yang buat keje slow, and u guys made fun of it !! 
u guys didny know she suffered from stroke and heart attack.
the video circulate around and the one yg upload takde rasa nk delete ke?
urmm, manusia lupa caci maki mereka tulis di alam maya.
tapi catatan dosa -- tak dihapuskan. nauzubillah.

bila org kaya share sesuatu, korang cakap menunjuk.
org miskin bertambah miskin, korang suruh usaha.
bila post keluarga bahagia, korang ckp bahagia jgn show off nanti bercerai padan muka.
bila post mengandung ada baby, cakap hina orang takde zuriat.
niqabis pakai tudung litup tutup aurat,cakap bukan semua perempuan bertudung tu baik.
yang buka aurat pulak,kata ahli neraka.
post ilmu agama, kata tunjuk alim.
kawan buat dosa, kita tak mampu nak tegur, kata nak masuk syurga sorang,
bila dah tegur kata tak sporting,macam la xpernah buat dosa.

pening lol.
serba salah di buatnya.
jadi baik salah, jadi jahat salah.
bukan heran sangat pun dengan kata kata manusia ni, tapi entah laaa .. buat/post sesuatu takut buka pintu fitnah.
yang coment cakap kau istidraj,riak, nanti Allah tarik nikmat. 
yang the other side plak cakap kau dengki iri hati? sakit hati dengan hidup kebahagiaan orang lain.
mashaAllah, dimana iman kita tuan tuan ?

viralkan perkara yang bermanfaat,
macam apek yang kena scam buat toy tu,
ramai org beli toy dekat dia.
nasi lemak anak dara, dah tolong dia bagi rezeki. ( ahahaha😝)
budak kecik boleh tahfiz Al-Quran rasa tercabar makcik pakcik yang gagap baca jawi.
mati time tengah baca doa maulud nabi, nampak cara meninggal khusnul khatimah.
kisah Tuan guru Dato Dr Harun din meninggal di luar negara dapat ilmu menunjukkan tanah bumi Allah itu luas, jangan seksa mayat nak bawa balik semata mata nak tanam dekat malaysia (since aku dduk overseas kalau perang takkan nak tunggu kering bawa balik malaysia .. nauzubillah. )
kejayaan paralimpik, ayah umur 69tahun ada ijazah kan dapat naikkan low self esteem kita.
kehebatan supermedic dkt HSA tolong pesakit sampai tinggalkan anak bini suami, sanggup redah api,its show we still have humanity bukan nak tidur saja2 je dekat kaunter ( eh termasuk plak jobscope aku ) ehh banyakkk lagi laa πŸ˜…

zaman sekarang ni yang salah takkan jadi benar bila diterima masyarakat,
buat baik nampak kolot, jadi hipster, rare diterima pakai menunjuk nunjuk kebodohan dihadapan media,
ulama agamawan dikecam, artis bangsawan dijulang martabat jadi ikutan,
kita jadi malu buat kebaikan, sedang kejahatan kita sajikan.

orang cakap tengok orang lagi miskin supaya kita bersyukur,
dan tengok orang dari atas kalau nak berjaya,
sebenar nya tak payah tengok kanan kiri atas bawah,
tengok diri sendiri apa usaha kita dengan Ilahi sampai nak kena tengok orang atas dgn orang bawah,
kita bersyukur bila kita yakin semua rezeki dari Allah, 
kau dah usaha teruk pun Allah bagi ujian kau akan merasa nikmatnya kasih sayang tu bila kau tak membanding bandingkan diri dengan orang lain.
nanti dalam kepala -- kenapa bukan aku ?

fikirkan lah -- 
berlapang dada lah -- 

tapi tak la semua buruk ,ramai jugak yang mendoakan,
masha Allah, berduyun duyun Allah angkat doa korang, malah malaikat turut mengaminkan malah mendoakan yang sama tuk korang.

jadi sebarkan kebaikan ok.
penulisan tu kadang menghakimi siapa peribadi kau sebenarnya.
jangan ter-upgrade dosa percuma, remind diri sendiri.
apa yang kita kejar, followers ? likers? dunia? atau syurga 😊

agama kita bukanlah agama yang elastik,
yang berubah ubah mengikut kehidupan dan peradaban manusia.
kita punya Al-Quran dan sunnah rasullullah yang membawa ketenteraman dan keamanan kepada manusia.
sepanjang zaman.

terima kasih, maaf dari saya yang tidak sempurna.

Wednesday, 27 July 2016

#CintahalalNJ ( cinta bertemu di Nabawi Mosque,Madinah Munawwarah )


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

salam alaik awak,
boleh ke panggil awak?
atau kena panggil abang?
Allahu -- masih malu2 lagi kita πŸ™ˆ

Alhamdulillah terikat sudah ikatan halal antara kita,
jodoh dari Allah hadiahkan untuk saya,
sedang di luh mahfuz telah tercatat nama kita cumanya masa dan jarak belum mempersatukan kita,
yang dulu ternanti nanti siapakah yang datang menjemput antara jodoh dan maut,
semuanya rahsia Allah .. rahsia indah yang diselitkan sabar dan istiqamah.

saya menulis ini untuk awak sentiasa bacakan pada saya hari hari indah kita bila kita tua kelak,
dan saya tahu hidup rumah tangga ada pasang surutnya,
dan bila kita diuji, harap awak ingatkan saya bertapa bahagia kita saling bergelak tawa membuli antara satu sama lain.
bacakan kisah kita pada saya bila saya amnesia/short term memory loss ( mohon tidak la )
ceritakan pada zuriat kita kelak bertapa indahnya pertemuan kita.

.     .      .      .
aku habiskan hidup remaja aku dengan perkara perkara biasa remaja lakukan,
dikelilingi sahabat yang hebat,
keluarga penyayang,
melayani lelahnya kerja,
nikmatnya kehidupan .. alhamdulillah betapa baiknya Allah mengirimkan perkara yang indah indah sahaja berlaku dalam hidup ku.

akan sampai satu masa setiap dari diri kita terfikir --
" dengan siapa akan ku habiskan sisa hidup ku? "
" dengan siapa akan ku cipta hari tua? "
" dengan siapa akan aku kongsi rasa suka bahagia derita di dunia? "

inginkan orang yang hebat agamanya,
indah akhlaknya,
baik pekertinya,
sejuk raut wajahnya .. 
tapi setandingkah dengan kita ?
yang persembahan agama ku masih banyak compang campingnya,
yang kadang akhlak ku masih kurang tertibnya,
yang kadang ... ahhh malu cerita aibnya kita. 

lalu Allah tiupkan rasa rindukan Dia,
Allah kirimkan lebih ramai lagi sahabat sahabat yang sama fikrahnya,
agar aku tidak terus tempang mencari Dia.
dan antaranya Allah kirimkan awak ☺️.

kita sendiri akan tahu bila jiwa kita mula kosong,
mula rindukan Tuhan,
dan hanya kita sahaja yang rasa Allah beri peringatan dari bermacam cara,
aku mulakan dengan perkara perkara kecil,
membaca semula kisah kisah hebat islam,
aku scroll ig dakwah,
buka utube layan ceramah,
tak tak .. aku tak konsistent buat semua ni.
betul lah iman itu ada pasang surutnya,
aku takut bila aku buat dosa hati aku tidak terasa apa apa, tanda hati mati .
dan bila datang musim hajj, aku kirimkan doa mohon sahabat sahabat yang menunaikan hajj bacakan ketika hari arafah ---
aku mohon semoga diberi istiqamah dalam mencari cinta Tuhan,
doa untuk ibu ayah,
dan semoga Allah jauhkan aku dari cinta yang merosak hati ku,dan diberikan jodoh yang mencintaiku kerana mencintaiNya.
tipu bila aku hidup tak dikelilingi lelaki,
cuma kali ni bersungguh aku pohon semoga Allah kirimkan lelaki yang sesuai dengan jiwa dan fitrah aku, terbaik untuk aku.
kalau dia pergi,walaupun dia baik,tapi masih belum orang yang tepat.
dan Allah Maha Mendengar doa hambanya.
doa yang berulang ulang dan hanya Allah sahaja yang tahu bila tiba saat terbaik dikirimkan berita gembira.

dan kisah indah pun bermula,
Allah tautkan hati kita di masjid kekasihNya.
kita dipertemukan di Masjid Nabawi ditemani mama ani dan ayah zali.
tapi bukan pertemuan yang kita ketahui, bijak mama ani dan ayah zali guna alasan "esok nak balik malaysia dah .. jom la dinner dengan mama sekali "
turun hotel saya berlari lari sebab dah lambat.
awak tak pandang saya dengan pandangan "jaaanemm jaanaamm" pun πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
dan saya pun terkejut ada pulak orang lain join dinner dengan mama ayah.

bila makan nasi kabsah depan masjid nabawi,
saya dan awak tak saling memandang pun,curi pandang pun tak.
mata cuma melihat orang beriadah di masjid sambil layan cerita mama dan ayah.
sebenarnya saya dah lama tak jumpa lelaki depan depan macam ni.
awkward giler kot πŸ˜‚

tak sangka saya awak sekampung dengan saya, punya laa kecik hulu langat tu,
dekat masjid nabawi jugak jumpa.
dalam kepala saya " boleh laa balik kampung nanti nak kirim barang dengan mama suruh jazlan hantar ( amek kesempatan πŸ˜‚ ) ".
nasib lah awak membesar dekat tahfiz,
kalau awak satu sekolah dengan saya mau geleng kepala awak kenal perangai saya yang duluπŸ˜…
dan tiba tiba mama bangun ambil gambar kita semua.

gambar pertama kita -- ya Allah comotnya sayaπŸ˜‚

asbab jodoh kita -- terima kasih mama ani + ayah zali.
semoga Allah lindungi kalian dunia akhirat.

.    .     .     .
lelaki yang hebat, lelaki yang bertemu dengan wali mu dengan adab dan akhlak 😊
suatu hari akan datang seseorang yang baik budi pekertinya untuk buat ku tertarik,
cukup luas hatinya untuk ku tinggal,
cukup bijaksana fikirannya untuk ku berbicara,
itu kamu -- mohammad jazlan mohammad jan.

saya ingat lagi text kita yang pertama kalinya --
jazz :
" salam alaik, saya jazlan .. mama ani nak sangattt kita berkawan. sebab tu saya msg awak, nak bagitau saya datang sini nak belajar bukan nak bercinta "

nurul :
"wasalam, saya nurul .. mama ani pun nak sangat kita berkawan. sebab tu saya reply msg awak,nak bagitau saya datang sini nak cari rezeki bukan nak cari jodoh "

" awak bagi no fon parents awak .. saya nak minta izin parents awak,saya nak parents awak tahu anak dia kawan dengan siapa jadi dia tak risau .. eventho as a friend "

bila saya baca text yang ni --- kagum sekejap.
tak pernah orang minta no telefon mama yayah sebab nak minta izin berkawan.

lelaki yang hebat adalah lelaki yang berani bertemu wali mu dengan adab dan akhlak -- eventho guna wassap 😝 ( maklumlah lain benua )

dan saya manfaatkan persahabatan kita sebaiknya,
awak tegur tentang aurat, awak ajarkan saya tentang solat,dan banyakk lagi perkara yang buat saya kagum "pergghhh camni rupanya rasa bila faham islam.." selama ni aku buat yang basic tanpa menjiwai memahami setiap rahsia Dia.
time solat aku solat,time puasa aku puasa,time ngaji aku ngaji.
tapi jazz explain lagi kenapa solat kena ada to' maninah,
kenapa aurat kena jaga betul2 sebab taknak ayah abang kena seksa,bukan aku tak tau,cuma aku hati aku belum terkesan lagi,
bila aku tak faham aku tanya, dengan tenang awak terangkan.
bukan senang nak tegur aku tentang perkara perkara yang kita dah biasa buat.
awak tegur tanpa gelojoh, bahasa mudah.
terima kasih untuk tempoh persahabatan tak sampai sebulan.
dan jazz pun tak sombong, bila aku explain sesuatu tentang medic,modern life,what happen surround me, he willing to hear everything. 
aku ingat lagi bila aku cerita tentang size rahim,rupa dia bila kena cancer,macam mana baby boleh hold on dalam rahim,jazz punya excited dapat ilmu baru -subhanallah. terus dia cakap " sebab tu ibu tu no 2 lepas Allah + rasul,sampai 3x disebut ibu baru ayah "

.      .       .      .       .       .

first time taaruf πŸ™ˆ

sebenar waktu jumpa dengan mama ani dan ayah zali dekat masjid nabawi,aku memang pandang jazlan for few second,selebihnya aku tengok anak arab main kejar2,cleaner cuci lantai,aku makan . lama tak jumpa lelaki aku jadi segan kot πŸ˜… makanya,aku tak ingat sangat muka dia ahahahahahhaah. 

since aku nak balik malaysia,aku borong madu yemen dari dia( sekarang kami bisness partner ) and memandangkan his birthday on nov, so we plan for taaruf ditemani geng aku. best place to meet -- masjid nabawi πŸ•Œ

lepas habis solat maghrib,macam biasa keluar dari masjid nabawi nampak berduyun duyun suami tunggu istri dekat luar masjid. Aku selalu gurau dengan geng aku :-
" kakk, tu suami kau dah tunggu kak" sambil tunjuk laki kulit hitam.
" kak,aku pergi makan dulu,anak dengan laki aku tunggu tu " sambil tunjuk pak arab hensem dokong anak.
" kakk,kan best kalau laki kita tunggu kita dekat luar masjid,sweeetttt sangat kan "
" kakk,laki ni mesti power en sebab dia kenal plak bini dia dalam reramai perempuan berniqab ni .. musykil aku kak"

status fb on 2015 πŸ˜… tersangkut pulak jodoh 1 dekat masjid nabawi, sejuk hati cerita mama yayah dengar cemana jumpa jodoh. 

perkataan itu satu doa, bila cakap benda yang baik baik melantun lantun kebaikan berlaku, dan Allah Maha Mendengar eventho yang aku cakap tu bukan siryezz pun πŸ˜‚. maka berdoa lah bila menginginkan sesuatu,bersembang dengan Allah,sampai masa mesti Allah hadiahkan sesuatu. sabar wa istiqamah.

so,we meet and first time tengok muka dia ( in front of my eyes ahahaha ). MakYan mekasihhh teman kita keluar ritu. sempoi jaa senang giler masuk kepala. ok Jazlan -- manisss sangat ! aku yang sangat cooll sebelum ni terasa berterabur rusuk 😝. We just meet to say hi,amek madu and celebrate his birthday ( makan + bg hadiah je pun ) and jazz yang depan2 sangat sukaaaaaaa bercakap,not a rubbish talk, he reminds us of kiamat and all good thing in our deen.

balik rumah, aku mula rasa aku lain.sebelum ni takda rasa apa pun,seronok kawan sebab dia ada ilmu,mudah faham dan senang jadi rujukan. tapi aku jadi takut. aku ni rakyat marhaen je,level agama aku tahap faham halal haram,dosa pahala. aku dengan dia bukan sefikrah, dia study agama,quran dalam kepala.aku hidup modern lifestyle huha huhaa quran takat ayat lazim je,tu pun sebab kecik2 ada exam hafazan so kena hafal juzuk 30,kalau tak syaitonnirajimm jugak la.
lepas solat, aku dah fikir, kalau kami berkawan lagi lama,takut nanti aku ni x reti jaga ikhtilat,nanti otak dia terjejas nak hafal quran,aku taknak la jadi penyebab dia tak fokus sebab sikit sikit aku tanya soalan.aku scroll ig semua duduk post pasal ikhtilat adoidoidoiidoii. 

jazz :
" sekiranya saya nak berkahwin dengan awak,awak sudi ke? ikhlas dari hati, kalau awk x selesa nak jawab,takpe,sy cool je "

nurul :
" jazz, UAI cakap kalau laki tanya cenggini maksudnya dia ajak bertunang .. besides saya takut jadi penyebab awk lalai dlm study,or tak taknak jadi pnyebab otak awk xdapat hafal al-quran dengan senang mcm selalu.macam awk cakap,nak mantainkan hafalan tu kan susah,sy taknak jadi penyebab semua yang merosakkan awak.jadi ade beza dunia awk dgn dunia sy.awk tengah sibuk nak study mantapkan plak tengah kerja smbil mncari ilmu,dunia ilmu awk bukan dunia main2.
so,ape pun keputusan awk sy ikut.kalau awk rasa da smpai jodoh,kire alhamdulillah.
or awk nk study lagi dan lagi dan lagi,pun bagus jgk."
panjang lebar aku luah perasaan takut aku.

jazz :
" kenapa bila saya dah mula sayangkan seseorang,dia nak pergi tinggalkan saya .. "

aku baru nak explain yang kawan sampai sini tu x bermaksud putus kawan tapi since dia reply cenggitu,otak aku terus synapse laju,hati bermonolog " jazz siryezz suka aku jugak ke? " 

nurul : 
" bismillah .. bila awak dah ready nk jadi suami,awk bgtau saya,saya sudi jadi istri solehah untuk awk ✌🏻️(insha allah ) " paling cool ayat aku ajak dia kahwin . 

jazz :
" at first saya dah cuba sekat diri saya dari sukakan awak,hatta sukakan sesiapa saya kenalkan saya dengan perempuan yang tudung labuh,niqabis,saya tak minat,walhal memang saya suka kalau istri saya kelak macam tu.saya nak belajar dulu.tapi sebab permulaan kita dari keikhlasan mama ani doakan jodoh kita di raudah saat pertama kali kita jumpa,saya cakap dengan diri saya,takpe lah kawan je pun. bila saya cerita dengan mak saya,belum jumpa awak lagi mak saya dah minat.dari situ saya mula nak tau pasal awak,saya check blog,fb awk,ig awak.tapi bila kawan dengan nurul,awak betul2 jadi diri awak,awak betul betul nak tahu pasal agama,nak berubah,bukan text mengada2 macam perempuan lain.saya selesa dengan awak"

nahhhhhhh ig fb aku blog masha Allah ahahahaha bersepah gambar yang ntah pape. patutlah dia tegur aku punya la berhemahπŸ˜…

nurul :
" awak nak nikah dengan saya tak? "

jazz : 
" saya mohammad jazlan bin mohamad jan nak nikah dengan nurul hidayah zaini "

.      .       .        .        .

Jatuh cinta kepada orang lain (bukan sejenis )
dari segi jatuh cinta itu sendiri bukanlah aib dan juga bukan dosa. 
Jatuh cinta adalah fitrah,sedang Nabi, orang suci, orang soleh, dan ulama mengalami jatuh cinta kepada pasangan sebagaimana manusia pada umumnya. 
Rasulullah Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ cinta kepada Khadijah dan Aisyah.

Cinta dalam pandangan islam seperti iman, diyakini dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan dibuktikan dengan tindakan. 
Kerana mencintai merupakan salah satu ciri orang-orang beriman.

Diyakini dengan hati -- iaitu cinta datang bukan berasal dari dorongan nafsu. Tetapi, cinta datangnya dari iman di dalam diri yang mengedepankan akhlak mulia dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kerana cinta atas dasar nafsu takkan mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman di jiwa, kecuali kesengsaraan.

Diucapkan dengan lisan -- iaitu cinta diucapkan kepada seseorang yang kita cintai, dan itu termasuk sunnah karena Rasulullah sendiri menganjurkannya. Namun cinta diucapkan kepada yang sudah halal,dan yang paling penting adalah kepada orang tua.

Dibuktikan dengan tindakan -- kerana Rasulullah saw pernah berkata jika ada seorang lelaki mencintai seorang perempuan, maka melamarnya untuk dijadikan isteri merupakan bentuk dari pembuktian cintanya. Jika menyukai, segera nikahi. Tetapi kalau belum mampu, maka berpuasalah, iaitu kendalikan nafsu dan cintai dalam diam. Itu semua demi menjaga kesucian diri sendiri dan kusucian dia yang dicintai.

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga).” (QS An-Nur:26)

bila pasangan kita tidak sesuai dengan harapan,maka itu adalah ujian bagi kita untuk menjadi hamba-Nya yang bersabar dan bersyukur. Kerana syurga lah tempat mereka yang mampu bersabar dan bersyukur. Cinta yang baik juga harus membuatmu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bila cintamu membuat hidupmu lebih buruk, maka jangan takut untuk melepaskannya pergi.

cintailah seseorang dengan bersederhana. Jika berlebihan akan membuatkan kamu sakit bila kehilangan. mencintailah tanpa mengharapkan balasan. Tulus ikhlas dgn diri sendiri dalam mencintai pasangan,jangan sembunyikan kekurangan diri darinya, kerana bila 2 hati tulus mencintai, mereka akan menemukan cara untuk terus bertahan,tak peduli walau sukar untuk terus bersama.

Ingatlah bahawa cinta sejati hanyalah milik Allah. Cinta manusia hanya akan membuatmu terluka, maka cintailah manusia karena Allah. Cinta kerana Allah adalah cinta yang membuatmu semakin dekat dengan Allah, cintai seorang yang bersamanya kamu akan merasakan manisnya iman. Carilah cinta yang bersamanya bertambah keimananmu dan memuliakan dirimu juga kehormatan dirimu. Jatuhkanlah cintamu kepada seseorang yang siap menangkapnya, jangan biarkan cintamu jatuh kepada orang yang belum siap sehingga jatuh dan pecah berkeping-keping hatimu.

" Jika aku jatuh cinta, cintakanlah wahai Allah kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. Dan jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Semoga kita semua adalah hamba-hamba Allah yang mampu menjaga kesucian diri dengan menjunjung tinggi aturan cinta dalam islam. Aamiin Allahumma Aamiin. "

-- doa aku kirimkan dekat sahabat di padang arafah dan setiap solat ku.

aku tahu setiap orang punya kisah cinta dan cerita yang tersendiri.tapi tiap kisah cinta dan cerita paling penting punya restu keluarga,ibu bapa terutamanya.dari situ lahir keberkatan hubungan, insha Allah.
.       .        .       .

mama ani adalah mama kawan baik aku (azureen) yang dengan sengaja kenalkan aku dan jazlan di masjid nabawi. mama ani juga merangkap kawan baik mak jazlan. Dari kecil aku selalu main dekat rumah azureen,makan tidur merayap and adik bongsu aku,fatin pun diasuh dari kecil dekat rumah mama ani. so mama ani memang kenal sangat perangai aku πŸ˜‚

So,once mama ani dan ayah zali balik dari haji dorang ceritakan perihal aku dengan jazlan dekat parents jazlan. and since jazlan start kawan dengan aku,dia dah minta izin parents and both parents aku setuju. So both parents know that aku dengan jazlan berkawan.

dan tibalah saat aku pulang ke malaysiaaa,ramai insan insan tersayang menanti 😁

.      .         .        .

aku tak jetlag,day 3 aku sampai malaysia aku beranikan diri minta izin mama yayah, nak ziarah mak ayah jazlan. 

Takut ?? of course. terutama time nak minta izin.bukan semua parents open minded nak anak perempuan dia pergi rumah pihak lelaki, besides mama yayah aku sendiri tak pernah jumpa or tengok muka jazlan. Takat wassap tu biasa lah. Aku pulak tak pernah call or wassap parents jazlan. aku kenal parents jazlan dari cerita jazlan je.Obviously looks like perigi cari timba. kalau ikutkan logik perangai aku,memang takkk la aku nak suka2 datang rumah lelaki takde sebab. 

Tapi dalam kepala aku, aku balik malaysia once in awhile. Aku tak nak kehilangan lelaki macam jazlan dari jadi bakal imam aku. nak tunggu jazlan balik malaysia kenalkan diri dekat family aku lagi 7 bulan,lamaaaa giler . Tapi aku sedar diri aku bukan dari golongan yang family dia bayangkan bakal isteri jazlan kelak. Normal orang akan fikir,ustaz akan kahwin dengan ustazah, tudung labuh or berniqab or ambil aliran sama course agama. but me? totally out kot. Aku siryez tawakal takut kena marah dengan mama yayah tapi tak tau laaa mana kekuatan aku dapat ahahahahah.
first day jumpa family jazlan ☺️ tak sangka adik jazlan satu sekolah dengan aku dulu,sekolah besar sangat tak sempat nak kenal semua orang ahahahaha.

.          .          .           .             .         

salahkah perempuan mulakan perkenalan?

kalau ikut logik adat, macam tak tahu malu pulak aku ajak family aku datang jumpa family jazlan,kenalkan diri dekat parents jazlan " saya nurul hidayah,yang kawan dengan anak makcik dekat madinah .. kalau ada jodoh insha Allah kami nak bina keluarga".

desperate sangat ke nak kahwin ?
tak 😊

bagi aku,bila aku dah jumpa lelaki yang baik,untuk perkara yang baik,dengan keluarga baik baik,aku tak perlu tangguhkan lagi.

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan perkenalan kami, aku pun cakap elok2 dengan parents aku, aku dah achieved most of the goal dalam life aku, Alhamdulillah.
kita kena beriman dengan qada dan qadar,setiap orang telah diberikan rezeki masing2. Mungkin tak berjodohan di dunia kerana nak diberi peluang berbakti kepada ibu bapa,aku yakin rezeki untuk jodoh aku dah sampai,cumanya aku kena kuat untuk start semua dulu. Saidatina Khadijah sendiri meminta sahabatnya risikkan Rasullullah SAW untuk dirinya,sedangkan beliau merupakan wanita terkaya dan teragung dahulu.

30/12/15 -- Majlis pertunangan Nurul + Jazlan.

                         im Taken 😁

kisah ni lagi tak boleh blah,macam angin taufan sekelip mata happenπŸ˜…

should be 31/12 tu aku fly back to madinah.
tengah hari 29/12 tu mak jazlan call ajak pergi beli cincin untuk tunang.
Aku dengan jazlan tak pernah pun rancang nak tunang . ' mini heart attack ' time tu dengar.
mama sembang through fon dengan mak jazlan than aku bawa dorang pergi beli barang esoknya kami tunang.

macam pelesit jgk la,tapi macam x sangka Allah bantu mudahkan urusan pertunangan kami malah bantu mudahkan urusan pernikahan kami.

       majlis pernikahan kami - 16 july 2016.

            Alhamdulillah #cintahalalNJ

jazlan layan je perangai gila aku selagi tak melanggar syariat islam ( dia selalu cakap cenggini πŸ˜‚ ) baik baikk saya faham sayang😝
           my beloved family - Zaini Legacy
               Jazlan's big familyyyyy 😍
                   Zaini's Legacy πŸ’ͺ🏻

               raudhah harakiah 😍

for those yang banyak membantu dalam majlis pernikahan dan walimah kami syukran katiraa dari kami dan hanya Allah dapat membalasnya.

doakan yang indah indah berlaku dalam hidup semua org insha Allah.

and saya istri dia sampai hujung nyawa insha Allah 😝
           kasih sampai syurga πŸ’•

Wednesday, 22 June 2016

nurul turn 27 (2016)

dengan nama Ψ§Ω„Ω„Ω‡ yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah hari ni genap umur aku 27,
terima kasih mama untuk setiap pertaruhan mama letakkan dalam membawa nyawa ini lahir ke dunia,
tidak termampu adik balas setiap perjuangan jiwa mama,
tak terdaya adik mengira bakti yayah mendewasakan adik.
untuk itu,hanya titipan doa yang berpanjangan dan rasa syukur adik lahirkan kerana dianugerahkan mama dan yayah yang sangat bersabar mendidik jiwa remaja adik hingga dewasa ini.
untuk adik beradik, terima kasih untuk setiap perlindungan dan kasih sayang,walau jauh kasih kita tak pernah kurang.

selang beberapa hari akan datang,
adik akan jadi kepunyaan orang ( insha Allah ),
sesungguhnya Allah Maha Kaya menganugerahkan rasa cinta yang hadir sesama hamba kerana-Nya.
baiknya Allah menghadiahkan perkara yang indah indah dalam kelahiran aku,
kadang masih malu,
persembahan ku dalam agama ku masih banyak yang compang compingnya,
namun Allah masih tidak putus putus menghadiahkan rahmat kepada hamba-Nya,
hai bakal suami,
semoga bertabah melayan karenah bakal isteri sampai syurga nanti .

buat sahabat alam nyata dan alam maya,
terima kasih untuk doa doa seakan senjata di hari kelahiran,
Allahu -- tak mampu membalas setiap kata kata indah doa kalian semua .
dalam setiap titipan doa kalian,malaikat turut mendoakan perkara yang sama,
jadi mohon doakan yang baik baik berlaku dalam hidup saya.
semoga jalan mati kita jalan menuju syurga.
insha Allah.

sanah helwah nurul hidayah zaini 😍
big girl dah dia.
mohon terus titipkan nama ku dalam doa kalian,doa yang baik baik ye😁
terima kasih mama yayahhh besarkan kita
umann punyaaa cakee katanyaa πŸ˜‚
fatin not in the pictureee ahaahah kesian dia,belajar rajin2 ok patenngg😝

Saturday, 27 February 2016

Doa Si Tua

(tajuk blog kena power..ahahaha,tapi kita memang setiap detik tua kan..ape ade hal 😁)

sementara ada orang tua mu -- manfaatkan mereka 😊

aku selalu cakap dekat parents aku " mama yayah doakan adik tau .. adik nak tu,nak ni .. blas blaa"
pastu aku dapat.
aku ingat sebab doa aku la konon,aku dah usaha kan. pastu seronok,lupa parents,enjoy celebrate dengan kawan.
what thee -- πŸ˜₯

dulu aku tak nampak benda ni,
aku ingat dengan aku bersungguh sungguh doa,
Allah makbulkan.
rupanya bukan doa aku --
tapi doa mak ayah aku.
doa mereka yang tajammmm zasssshh kepada Allah tuk dimakbulkan.
doa aku,disokong oleh doa ibu bapa ku yang tiada siapa boleh lawan mustajabnya depan Tuhan,
maka .. manfaatkan mereka sementara masih punya masa.

aku gagal exam,
aku nangis .. aku cakap "adik dah buat yg terbaik dah,belajar rajin2 tapi kenapa adik tak dapat ape adik nak?"
mama aku tahan sendu tengok aku.

dah success,
aku nak interview kerja,
aku bawak mak aku, 
"mama doakan adik tau dapat kerja,gaji first adik belanja!"
mak aku senyum tengok aku.

"ma,yayah..adik nak kerja oversea,mama yayah doakan la adik dapat kerja saudi pleasee time umrah nanti .."
mama cium aku.
yayah peluk aku.

lepas aku berjaya satu per satu,
sikit pun aku x sangka semua ni sebenarnya dari doa org tua aku,
aku pandang remeh,
aku takde pun nak dengar mak ayah aku doa apa dekat aku,
dalam kepala aku -- standard la anak minta doa dekat mak ayah kan. 
aku selalu je dengar mustajab doa mak ayah -- tapi takde la macam interested sangat nak tau mustajab sangat doa tu macam mana.
kadang kadang je aku cakap mekasih mama yayah doakan adik.
but i dont really mean it -- well teenage kan. otak dia .. bllurrghhh 😩

sampaikan satu peristiwa tu,
satuuuuu je .. yang buat aku trbuka minda untuk nampak bertapa MUSTAJAB doa mereka.
aku nak fly balik madinah,
lagi sejam lagi nk boarding,
aku baru nak keluar dari rumah memang fikir balik mustahil giler aku sempat kejar flight.
aku bukan naik domestic, antarabangsaaaa oi!
aku try check in online pun,tenet time tu -- hampeh betul.saje menguji keimanan aku.
brani mati betul buat perangai last minit cmni ( aku ada perkara lain x dpt dielakkan )
dalam hati aku memang ikutkan panik jugak, tapi aku try calm down.
pastu permintaan aku :-

"mama tolong mama doakan adik sempat kejar flight .. mudahkan urusan adik nak balik madinah. x missed flight or delay. mama tolong mama,dalam keadaan tak logik ni doa seorang ibu Allah mesti dengar dan makbulkan"

mama tadah tangan.
semua tadah tangan.
mama mulakan dengan bismillah .. dengan suara syahdu,

" Ya Allah,Tuhan yg maha mendengar..permudahkanlah urusan perjalanan anak ku ke tanah suci mu untuk berbakti mencari rezeki. mudah mudahan adik tak tertinggal flight,dan sampai dengan selamat.kau lah yang Maha Mendengar,tiada yang mustahil dengan kekuasaan kau Ya Rabb"
amin .
aku sentap.
adik2 aku,yayah pun turut sama diam.
masing2 zikir mohon doa diperkenankan.

dalam kepala tawakal sungguh2.
aku kalau missed flight,mati lah.
esok keje,kena beli tiket flight baru harga ribu2,transit lagi. uishh matilah aku.

sampai klia,
berpecah aku lari pergi check in,
adik aku terkial2 sorong beg.
mak aku pun join lari2 risau.
semput dorang.

tapi aku boleh senyum giranggggg,sebab --
Allah dengar doa mama.
aminkan doa yayah.
zzzuuuuuppppp chill je aku check in beg,sempat plak tu peluk cium sebelum last call.
sikit pun aku tak risau dah.

dalam flight baru aku terfikir,
"power giler doa mama! kalau tak memang mustahil aku dalam airplane ni,15 min before fly oiiii!! perghh powerr !"

baru kepala aku terflashback tiap kali aku suruh mama yayah doa,
penuh syahdu dan kesungguhan atas tikar sejadah.
"Ya Allah,makbulkan permintaan anak ku Ya Allah..jadikan dia insan beriman,beramal soleh and blaaa blaaa "

emmm ..
mak ayah mana taknak tengok anak dia berjaya dunia akhirat,
terlepas dari kesusahan.
takde ok..takde.
garang cemana pun,
teruk cemana pun .. dia mesti doa yang baik2 tuk anak dia.

so korang ..
sebelum sibuk suruh orang doakan,
kirim doa dekat tanah haram,
pergi merayu dekat mak ayah korang,
doakan korang.
even permintaan yang bodoh2 pun kalau mak ayah doa, confirmmmmmm mustajab.
cepat dengan lambat je.
siryez .. lagi lagi time mustajab doa,
dekat tempat mustajab,
korang dah doa..minta mak ayah korang plak doakan.
insha Allah -- mesti sampai.
Allah Maha Mendengar gaiisss.
dan .. kun fayakun 😊 
takde yang mustahil dengan kuasaNya.
manfaatkan anugerah Allah ni,
sementara masih punya masa.
jangan pandang remeh benda ni.
tatap wajah mereka pun sudah dapat pahala,
ni kan pulak didoakan oleh mereka.

mama yayah kalau baca ni,
doakan adik dimudahkan urusan pernikahan,dihadiahkan seorang suami pemimpin keluarga yg hebat,penyayang,soleh,berjaya dunia dan akhirat,
keluarga sakinah, zuriat kembar yang soleh solehah, hidupkan kami dlm iman,matikan kami dalam iman,dijauhkan azab api neraka dan semoga kita bersatu di syurga. insha Allah.

tehehehehe,amin kan pleasseee.
ok gataii ahahahahaha. πŸ‘»
ailebiu mama yayahπŸ’‹